Mar 13, 2011

Najwa Latif

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.


Pada malam ni saya nak cakap sedikit pasal seseorang.Mungkin sesetengah dari anda sudah mengenali beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah Imratul Najwa Bte Abdul Latif atau lebih dikenali dengan Najwa Latif.Ini serba sedikit tentang latar belakang beliau.Beliau juga sering dikenali sebagi Najwa Latif Si Gadis Youtube.Hal ini demikian kerana......cheewwaahh macam karangan...anda boleh lihat beliau mempersembahkan pelbagai cover lagu di Youtube.Beliau bersekolah di Temenggong Ibrahim Girl School , Batu Pahat , Johor.Beliau berumur 16 tahun.Dan yang paling saya suka , beliau begitu mahir memetik GITAR.

Pada pandangan peribadi saya , beliau mempunyai bakat besar dan boleh pergi lebih jauh dalam bidang hiburan.Terus terang saya katakan saya ingin mengenalinya secara lebih dekat untuk mengetahui apa yang diketahuinya tentang seni muzik.Dan kalau boleh saya ingin menjadi kawannya pada masa akan datang.Beliau mempunyai bakat semula jadi iaitu mempunyai suara yang lunak dan merdu.Saya yakin mana-mana lelaki yang mendengar suaranya pasti cair dan mana-mana perempuan yang mendengarnya pasti cemburu dengan kelebihannya.Untuk pengetahuan semua Najwa Latif kini sedang rancak membuat performance di sekitar Batu Pahat dan area-area luar Johor.Sesiapa yang ingin mengikuti perkembangannya bolehlah follow blognya iaitu http://www.najwalatifs.blogspot.com/ .Untuk pengetahuan semua juga saya sedang belajar untuk bermain gitar dan semangat saya semakin berkobar-kobar apabila melihat video-video Cik Najwa Latif ni.

Ok setakat ni dulu saya tulis blog ni.Kelopak mata terasa semakin berat menandakan saya sudah mengantuk.Assalamualaikum.

Mar 8, 2011

Pertandingan Petanque ANGKASA Di Institut Kemahiran MARA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Hari ini saya ingin menceritakan sedikit tentang Pertandingan Petanque yang telah saya sertai pada 5 Mac 2011.Setelah 2 minggu berlatih permainan tersebut,segalanya akan ditentukan pada hari ini.Selepas mendengar taklimat,pertandingan tersebut dimulakan dengan pasukan perempuan.Sekolah kami telah menghantar 4 kumpulan (2 kumpulan lelaki & 2 kumpulan perempuan) iaitu seramai 16 orang dan 3 orang guru pengiring.seorang senior dan seorang kawan baik saya juga turut datang memberi sokongan.

Nanti saya akan ceritakan tentang perlawanan dengan sekolah-sekolah yang lain
Assalamualaikum dan selamat malam.