Feb 10, 2011

Tudung Dan Aurat:Fesyen Atau Tuntutan Agama?

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tudung dan aurat pada mata perempuan zaman kini.Adakah mereka memakainya untuk memenuhi tuntutan agama atau hanya sekadar fesyen?Inilah tajuk dan masalah yang akan saya  bentangkan pada hari ini.Seperti yang kita tahu.Hukum bagi seseorang individu muslim untuk menutup aurat adalah WAJIB.Tetapi lihat pada zaman sekarang.Hanya perempuan muslim yang  teguh imannya sahaja yang tahu kenapa mereka diwajibkan memakai tudung dan menutup aurat.Segelintirnya pula ada yang memakai tudung tetapi mendedahkan bahagian aurat yang lain.Lelaki juga tidak ketinggalan untuk melakukan kesalahan dalam menutup aurat.

Suami turut berdosa jika membiarkan anak dan isteri mendedahkan aurat….ingat!!!!!!!

Hukum menutup aurat

  • Wajib >Meninggalkn suruhan ALLAH adalah berdosa dan akan menerima azab seksaan yang pedih di akhirat kelak

dalam surah AL-AHZAB ayat 59 yg bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkn pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sbgai perempuan yg baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”


Kewajipan menutup aurat bukan semasa berada di luar rumah sahaja tetapi ketika di dalam rumah pun harus dijaga sekiranya terdapat lelaki @ perempuan yg bukan mahram ketika itu.

Bagi lelaki pula, JANGAN ambil mudah tentang aurat ni. Mereka kena jaga juga sama ada ketika bekerja,bersukan dan sebagainya..


Batas aurat

Lelaki > antara pusat hingga lutut

Perempuan > seluruh tubuhnya kecuali muka dan 2 tapak tangan

(rujuk dlm surah AN-NUR ayat 31)


Kenapa wajib tutup aurat????

Bila terbukanya aurat maka ia boleh mencambahkn dosa-dosa lain seperti zina,penceraian akibat curang,gejala sosial dan lain-lain.
Ia juga kerana membezakan cara pemakaian muslimah berbeza dengan pemakaian orang-orang kafir…


Ciri-ciri menutup aurat:-

1.Pakaian menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan 2 tapak tangan

2.Tudung mestilah labuh hingga melepasi@ menutupi dada
3.Pakaian mestilah longgar dan tidak terlalu ketat hingga nampak bentuk badan 
   (kalau nampak bentuk badan hukumnya HARAM)

4.Tidak jarang @ nipis hingga nampak aurat dlm pakaiannya.
   *ramai wanita bertudung tetapi tudungnya jarang hingga menampakkan tengkuk
   telinga dan dada.
5.Tidak terlalu singkat (melepasi paras pinggul)
   *ada yg kononnya tahu malu, try tarik-tarik belakang baju sendatnya ke bwh setiap kali
   bangun dr duduk kononnya nak cover belakang?????
6.Tidak menyerupai pakaian lelaki @ perempuan hingga sukar untuk ditentukan jantina mereka.
    Ada hadis bermaksud “Nabi s.a.w melaknat laki-laki yg mengenakan pakaian wanita
    dan wanita yang mengenakan pakaian laki-laki(riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

7.Tidak menyerupai pakaian orang kafir daripada kaum yahudi dan nasrani
   Rasulullah s.a.w menegaskan “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan
   dibangkitkn nanti bersama kaum itu”
8.Tidak berwangi-wangian
   Rasulullah bersabda ” Sesungguhnya seorang wanita yg memakai wangi-wangian
   kemudian melewati kaum lelaki bermaksud agar mereka mencium aromanya,
   maka ia telah melakukan perbuatan ZINA (riwayat at-Tarmidzi)
9.Bertudung tetapi menunggang motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan
   diriwayatkan dalam sebuah hadis ” Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar
   panjang (sebelah dalamnya) (riwayat al-‘uqayli,dar qutni dr abu hurairah)

Menurut Imam Mujahid hadis ini berlaku satu ketika ada seorg wanita jatuh dari
kenderaannya hingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan
segera Nabi s.a.w memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu)
memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulullah s.a.w memuji dan menyebut hadis di atas.
(al-bayan wa at-ta’rif)


“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yg berpakaian namun hakikatnya
bertelanjang. Rambut mereka dihiasi (seperti bonggol unta).Kutuklah mereka kerana
sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.Mereka tidak akan masuk syurga
dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan
sekian dan sekian” (HR Muslim)

Ibnu Abdil Barr berkata: Nabi bersabda ialah kaum wanita yang mengenakn pakaian yang
nipis, ketat, yang dapat mengambarkan bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau
menyembunyikannya, mereka itu tetap berpakaian tetapi HAKIKATNYA bertelanjang.
Walaupun bertudung tetapi auratnya masih terdedah….

Semoga semua insani yang dikasihi akan sentiasa tampil dalam keadaan menutup aurat yang 
berlandaskan syariat Allah dan Islam. Insyaallah kita merasa lebih yakin dan selamat dalam
keredhaan Allah s.w.t. Amiiiiiiiiiiinnn .....

Sedutan Dari Blog Ketua Pengawas SMK Sungai Pasir (Abang Farhaan Rahmat)

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Ini adalah teks yang diambil daripada blog ketua pengawas SMK Sungai Pasir iaitu Abang Farhaan Rahmat.Saya mengambil petikan teks ini kerana sebagai salah seorang anggota pengawas di sekolah ini,perkara-perkara ini telah saya lihat setiap hari dan kesalahan ini kebanyakannya dilakukan oleh pelajar berbangsa melayu dan beragama Islam.Sama-samalah kita renungkan hal ini.


Pada hari Ahad lepas(23.02.2011),saya telah tampil di hadapan warga SMK Sungai Pasir untuk memenuhi keinginan saya bagi menyampaikan ucapan berkaitan Disiplin Sekolah.Punya kecut perut hari tu sebeb ‘first time’ berucap di hadapan warga GEMILANG.Alhamdulillah,penerimaan rakan-rakan pelajar agak baik dari awal hingga akhir patah perkataan yang saya tuturkan di atas pentas.
Antara salah satu ‘point’ yang saya sentuh adalah berkaitan pemakaian aksesori bagi pelajar lelaki dan perempuan.Terdetik di hati untuk mengulas sedikit berkaitaan pemakaian gelang,cincin,dan rantai bagi pelajar lelaki dan hukumnya bagi yang beragama ISLAM.
Dulu,saya pun pernah pakai rantai,pernah pakai gelang tangan..Cincin tu jarang la jugak saya pakai walaupun ia adalah salah satu sunnah Nabi.Bila dapat taw tentang hukum memakai aksesori2 ini,saya sudah tidak memakainya lagi.Saya ingin meneruskan hujah dengan mengemukakan hadith ini.
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)
Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini.
Bahawa Rasulullah s.a.w telah melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki tersebut:”Apakah bendanya ini”? Lelaki itu berkata:”Ia adalah gelang perubatan”. Rasulullah bersabda: “ Sesungguhnya benda itu tadak memberi apa-apa (faedah walaupun untuk tujuan perubatan), buangkan benda itu daripada diri anda, jika sekirannya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya (selamat) untuk selama-lamanya (Sahih riwayat Imam Ahmad).
Berdasarkan hadis di atas, terdapat perbezaan pendapat ulama’ sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkan pemakaian gelang tangan ini. Mereka yang mengharamkan penggunaan gelang tangan adalah bersandarkan hadis zahir di atas secara jelas melarang lelaki memakai gelang tangan, walaupun untuk tujuan perubatan.
Pun begitu, terdapat ulamak yang mengharuskan menggunakan gelang tangan bagi lelaki dengan tujuan perubatan sahaja, tetapi dengan beberapa syarat yang ketat iaitu gelang tersebut telah dibuat kajian saintifik bahawa boleh merawat penyakit, gelang tersebut bukan dibuat daripada emas dan perak, pemakaian gelang tersebut bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk. al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”
Larangan memakai gelang yang dinamakan al-wahinah di dalam hadis di atas bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal. Oleh itu, pemakain gelang tangan bagi tujuan tangkal adalah jelas, iaitu haram. Tidak kira jenisnya, sama ada ada logam, tali bewarna hatta gelang getah sekalipun. Majlis fatwa kebangsaan telah memutuskan lilitan hitam di lengan bagi umat Islam adalah haram kerana ia merupakan suatu adat atau kepercayaan agama lain.
Hasil dari pemerhatian saya sebagai ketua pengawas yang berhak menegakkan peraturan di sekolah, pemakaian gelang di kalangan pelajar atau masyarakat awam, gelang yang dipakai bukanlah jenis magnetik yang dibuat untuk tujuan perubatan tetapi jenis logam biasa yang boleh dibeli di mana-mana sahaja dengan harga yang murah. Jadi gelang ini bukanlah jenis yang diharuskan menurut Islam. Pemakain mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan penampilan yang dianggap “gagah” atau “macho”. Oleh itu jika hanya untuk menunjuk-nunjuk atau berhias (bagi lelaki) maka ia adalah amat ditegah dalam Islam.
Berkaitan dengan pemakaian rantai leher pula, bila ditanya “ kenapa pakai rantai leher?” ramai menjawab: “rantai ini bukan dari jenis emas atau perak”. Persoalan di sini bukanlah jenis buatannya sama ada rantai emas, perak, besi ataupun tembaga. Menurut Islam rantai leher merupakan salah satu alat perhiasan bagi wanita sahaja. Haram meniru atau menyerupai wanita sama ada dari segi alat perhiasan ataupun pakaian. Amat beratlah kesalahannya jika tujuan pemakaian rantai leher itu bertujuan untuk meniru agama, anutan, ajaran agama lain, maka hukumnya haram, bersandarkan sebuah hadis ni:
“Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.” (Riwayat Abu Daud).
Apa yang perlu di sini ialah ilmu pengetahuan. Dengan erti kata segala perbuatan dan amalan yang kita lakukan hendaklah berdasarkan ilmu yang sohih, bukan ikut-ikutan sahaja. Punca utama berlakunya terikut-ikut dengan budaya songsang seperti bertindik, rambut punk, bertatu, memakai rantai adalah kerana kejahilan dan kedangkalan untuk tidak mendalami ilmu agama. Ironinya keseronokan mengikut budaya asing atau songsang ini akan merosakkan diri malah yang lebih parah lagi, boleh merosakkan akidah kita. Akhirnya, panduan ilmu yang benar akan mendorong segala perlakuan kita bertepatan dengan ajaran Islam seterusnya mendapat kerahmatan dari Allah taala. Wallahu a’lam.Sekian terima kasih.

Feb 3, 2011

First Time

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Alhamdulillah,syukur blog ini dapat dihasilkan pada ari jumaat jam 2.46 pagi.Moga-moga para bloggers yg lebih arif tentang blog dapat membantu saya dalm penghasilan sebuah blog yang menjadi tumpuan blogger-blogger yang lain.