Feb 10, 2011

Tudung Dan Aurat:Fesyen Atau Tuntutan Agama?

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Tudung dan aurat pada mata perempuan zaman kini.Adakah mereka memakainya untuk memenuhi tuntutan agama atau hanya sekadar fesyen?Inilah tajuk dan masalah yang akan saya  bentangkan pada hari ini.Seperti yang kita tahu.Hukum bagi seseorang individu muslim untuk menutup aurat adalah WAJIB.Tetapi lihat pada zaman sekarang.Hanya perempuan muslim yang  teguh imannya sahaja yang tahu kenapa mereka diwajibkan memakai tudung dan menutup aurat.Segelintirnya pula ada yang memakai tudung tetapi mendedahkan bahagian aurat yang lain.Lelaki juga tidak ketinggalan untuk melakukan kesalahan dalam menutup aurat.

Suami turut berdosa jika membiarkan anak dan isteri mendedahkan aurat….ingat!!!!!!!

Hukum menutup aurat

  • Wajib >Meninggalkn suruhan ALLAH adalah berdosa dan akan menerima azab seksaan yang pedih di akhirat kelak

dalam surah AL-AHZAB ayat 59 yg bermaksud :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkn pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sbgai perempuan yg baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan ingatlah Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”


Kewajipan menutup aurat bukan semasa berada di luar rumah sahaja tetapi ketika di dalam rumah pun harus dijaga sekiranya terdapat lelaki @ perempuan yg bukan mahram ketika itu.

Bagi lelaki pula, JANGAN ambil mudah tentang aurat ni. Mereka kena jaga juga sama ada ketika bekerja,bersukan dan sebagainya..


Batas aurat

Lelaki > antara pusat hingga lutut

Perempuan > seluruh tubuhnya kecuali muka dan 2 tapak tangan

(rujuk dlm surah AN-NUR ayat 31)


Kenapa wajib tutup aurat????

Bila terbukanya aurat maka ia boleh mencambahkn dosa-dosa lain seperti zina,penceraian akibat curang,gejala sosial dan lain-lain.
Ia juga kerana membezakan cara pemakaian muslimah berbeza dengan pemakaian orang-orang kafir…


Ciri-ciri menutup aurat:-

1.Pakaian menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan 2 tapak tangan

2.Tudung mestilah labuh hingga melepasi@ menutupi dada
3.Pakaian mestilah longgar dan tidak terlalu ketat hingga nampak bentuk badan 
   (kalau nampak bentuk badan hukumnya HARAM)

4.Tidak jarang @ nipis hingga nampak aurat dlm pakaiannya.
   *ramai wanita bertudung tetapi tudungnya jarang hingga menampakkan tengkuk
   telinga dan dada.
5.Tidak terlalu singkat (melepasi paras pinggul)
   *ada yg kononnya tahu malu, try tarik-tarik belakang baju sendatnya ke bwh setiap kali
   bangun dr duduk kononnya nak cover belakang?????
6.Tidak menyerupai pakaian lelaki @ perempuan hingga sukar untuk ditentukan jantina mereka.
    Ada hadis bermaksud “Nabi s.a.w melaknat laki-laki yg mengenakan pakaian wanita
    dan wanita yang mengenakan pakaian laki-laki(riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

7.Tidak menyerupai pakaian orang kafir daripada kaum yahudi dan nasrani
   Rasulullah s.a.w menegaskan “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu maka akan
   dibangkitkn nanti bersama kaum itu”
8.Tidak berwangi-wangian
   Rasulullah bersabda ” Sesungguhnya seorang wanita yg memakai wangi-wangian
   kemudian melewati kaum lelaki bermaksud agar mereka mencium aromanya,
   maka ia telah melakukan perbuatan ZINA (riwayat at-Tarmidzi)
9.Bertudung tetapi menunggang motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan
   diriwayatkan dalam sebuah hadis ” Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar
   panjang (sebelah dalamnya) (riwayat al-‘uqayli,dar qutni dr abu hurairah)

Menurut Imam Mujahid hadis ini berlaku satu ketika ada seorg wanita jatuh dari
kenderaannya hingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan
segera Nabi s.a.w memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu)
memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulullah s.a.w memuji dan menyebut hadis di atas.
(al-bayan wa at-ta’rif)


“Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yg berpakaian namun hakikatnya
bertelanjang. Rambut mereka dihiasi (seperti bonggol unta).Kutuklah mereka kerana
sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk.Mereka tidak akan masuk syurga
dan tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan
sekian dan sekian” (HR Muslim)

Ibnu Abdil Barr berkata: Nabi bersabda ialah kaum wanita yang mengenakn pakaian yang
nipis, ketat, yang dapat mengambarkan bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau
menyembunyikannya, mereka itu tetap berpakaian tetapi HAKIKATNYA bertelanjang.
Walaupun bertudung tetapi auratnya masih terdedah….

Semoga semua insani yang dikasihi akan sentiasa tampil dalam keadaan menutup aurat yang 
berlandaskan syariat Allah dan Islam. Insyaallah kita merasa lebih yakin dan selamat dalam
keredhaan Allah s.w.t. Amiiiiiiiiiiinnn .....

No comments:

Post a Comment